Mesyuarat

Kursus Penternakan Ikan Keli oleh Jabatan Perikanan Malaysia cawangan Melaka

Disediakan oleh Huda Ali

26 Mei 2025Jabatan Pertanian Malaysia telah Mengadakan satu siri kursus atas talian kepada peserta program ‘Akuakultur Pemacu Ekonomi Belia 2025‘ . Kursus diberikan secara menyeluruh mengenai penternakan ikan keli secara komersial, bertujuan untuk membimbing usahawan, belia tani, dan pengusaha agro akuakultur dalam menguruskan projek ternakan ikan secara sistematik dan berkesan.

Kursus secara atas talian ini telah berlansung selama lebih kurang 7 jam bermula dari 9.00 pagi sehinga 4.00 petang. 

Bahagian 1: Pengenalan & Asas Penternakan

Bahagian pertama kursus memberi fokus kepada:

  • Asas akuakultur dan potensi pasaran ikan keli sebagai sumber pendapatan mampan.

  • Pemilihan tapak dan reka bentuk kolam yang sesuai untuk penternakan.

  • Sistem pengurusan air yang efisien dan aspek biosekuriti untuk mencegah penyakit.

  • Pengenalan kepada keperluan infrastruktur dan peralatan asas.

Kandungan ini disampaikan dengan pendekatan visual dan interaktif, sesuai untuk peserta yang baru berjinak-jinak dalam bidang ternakan air tawar.

Bahagian 2: Teknik Pembesaran & Pengurusan Pemakanan

Sambungan kursus ini memberikan panduan terperinci tentang:

  • Pengurusan pembesaran ikan keli, termasuk teknik pemindahan anak benih, pemantauan pertumbuhan, serta kawalan suhu dan oksigen.

  • Pemakanan ternakan: jenis-jenis makanan (komersial dan semula jadi), kadar pemberian, dan strategi pemakanan yang menjimatkan kos sambil meningkatkan kadar tumbesaran ikan.

Pendekatan praktikal dan berdasarkan pengalaman industri menjadikan kursus ini sangat berguna untuk meningkatkan produktiviti dan hasil ternakan.

Tonton Kursus Penuh di YouTube:
Bahagian 1: Asas Penternakan Ikan Keli
Bahagian 2: Teknik Pembesaran & Pemakanan

Scroll to Top