
Akuakultur
Pelancaran Program Akuakultur Pemacu Ekonomi Belia 2025
Disediakan oleh Huda Ali
Program Akuakultur sebagai Pemacu Ekonomi Belia merupakan inisiatif strategik yang bertujuan untuk memperkasa belia dalam sektor pertanian moden melalui aktiviti penternakan ikan dan hidupan akuatik. Program ini akan diuruskan dan di bawah seliaan Koperasi Agro Sukses Pasir Mas Berhad (KASB). Bagi belia yang berminat, program ini membuka peluang kepada belia untuk menceburi bidang keusahawanan akuakultur secara berkelompok, sambil memanfaatkan sumber tempatan secara lestari. Koperasi bertindak sebagai pemudah cara dalam aspek pembiayaan, latihan teknikal, pemasaran hasil, dan pengurusan operasi.
Program ini bukan sahaja menyediakan alternatif kerjaya yang mampan kepada golongan muda, malah berpotensi menjadi pemacu ekonomi luar bandar dengan menjana pendapatan yang stabil, meningkatkan tahap kemahiran belia, serta menggalakkan pembangunan ekonomi setempat secara inklusif. Melalui model yang disediakan oleh pihak koperasi, keberkesanan dan kebolehupayaan program dapat ditingkatkan melalui pengurusan kolektif dan sokongan komuniti.