Program
KASB Anjur Reruai Perkhidmatan Kewangan di JKAS DBKL
Disediakan oleh Faiq Faisal
Kuala Lumpur, 23 Julai 2026 — Koperasi Agro Sukses Berhad (KASB) telah berjaya mengadakan reruai perkhidmatan di Lobi Utama, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai usaha mendekatkan perkhidmatan konsultasi kewangan kepada warga kerja DBKL.
Sepanjang program berlangsung, para pengunjung telah diberikan penerangan mengenai pelbagai penyelesaian kewangan yang ditawarkan oleh KASB, antaranya Penyatuan Hutang, penyelesaian kes SAA dan AKPK, serta semakan kelayakan pembiayaan maksimum mengikut profil kewangan masing-masing.
Reruai ini turut memberi peluang kepada warga JKAS DBKL untuk mendapatkan konsultasi secara bersemuka bersama perunding kewangan KASB, sekali gus membantu mereka memahami pilihan yang tersedia dalam mengurus komitmen kewangan dengan lebih teratur dan berkesan.
KASB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas kerjasama dan peluang yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Semoga inisiatif seperti ini dapat terus memberi manfaat kepada lebih ramai masyarakat dalam meningkatkan tahap literasi kewangan dan membantu mereka mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil.


