Program Penyatuan Hutang
Penyatuan hutang ialah proses menggabungkan beberapa komitmen kewangan sedia ada — seperti kad kredit, pinjaman peribadi, dan pelbagai ansuran bulanan — menjadi satu pinjaman tunggal. Hasilnya, peminjam hanya perlu membuat satu bayaran sahaja setiap bulan, biasanya dengan kadar faedah yang lebih rendah berbanding jumlah keseluruhan pinjaman asal.
Bayaran bulanan lebih rendah
Urus kewangan dengan lebih baik
Kadar faedah lenih rendah
Rekod kredit lebih baik
1
Warganegara
Malaysia
Pemohon mestilah rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas.
2
Pekerjaan Tetap atau Pendapatan Tetap
Bekerja di sektor kerajaan / GLC / syarikat swasta berdaftar KWSP sekurang-kurangnya 6 bulan ke atas.
3
Pendapatan
Minimum
Pendapatan kasar bulanan sekurang-kurangnya RM3,000.
4
Rekod Kredit (CTOS/CCRIS) Boleh Diterima
Pemohon yang berada di bawah status bankrap atau AKPK (aktif) boleh cuba memohon. Kami akan bantu semak laporan kredit anda dan menasihati langkah untuk memperbaikinya jika perlu.
5
Jumlah Hutang yang Ingin Disatukan
Jumlah keseluruhan hutang minimum RM5,000 dan ke atas untuk layak disemak bagi pelan penyatuan.
6
Dokumen
Diperlukan
Salinan kad pengenalan (depan & belakang), slip gaji 3 bulan terkini, penyata bank 3 bulan terkini dan dokumen pinjaman sedia ada (jika ada).
Isi Borang Ringkas
Isikan maklumat asas seperti nama, nombor telefon dan serahkan dokumen yang diperlukan untuk semak kelayakan.
Semakan awal adalah percuma dan tanpa komitmen.
Semakan & Konsultasi Percuma
Perunding kami akan hubungi anda untuk semakan kelayakan dan beri nasihat kewangan berdasarkan situasi sebenar anda.
Segala maklumat adalah sulit dan dilindungi.
Terima Pelan Penyatuan Anda
Kami akan memberikan nasihat serta pelan kewangan terbaik sesuai dengan kelayakan anda.
Nikmati bayaran bulanan lebih rendah & urusan lebih mudah.
Apa itu penyatuan hutang?
Penyatuan hutang ialah proses menggabungkan beberapa pinjaman seperti kad kredit, pinjaman peribadi, atau hutang ansuran menjadi satu bayaran bulanan yang lebih rendah dan mudah diurus. Tujuannya adalah untuk membantu anda mengawal aliran tunai dan mengurangkan tekanan kewangan.
Adakah anda syarikat pinjaman?
Tidak. Kami bukan pemberi pinjaman, tetapi perunding kewangan yang membantu anda menilai situasi semasa, menasihat pilihan terbaik, dan menyambungkan anda kepada institusi kewangan yang sesuai.
Adakah semakan ini menjejaskan skor kredit saya?
Tidak. Semakan awal yang kami lakukan adalah percuma dan tidak memberi kesan kepada skor kredit (CTOS/CCRIS) anda.
Siapa yang layak memohon?
Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas
Mempunyai pekerjaan tetap atau pendapatan bulanan tetap
Mempunyai beberapa hutang seperti kad kredit, pinjaman peribadi, atau hutang lain yang ingin disatukan
Berapa lama proses ini mengambil masa?
Proses semakan kelayakan biasanya dalam tempoh 2–3 hari bekerja. Manakala proses kelulusan pinjaman bergantung kepada insitusi kewangan.
Adakah saya perlu cagaran atau penjamin?
Tidak semestinya. Kebanyakan pelan penyatuan hutang tidak memerlukan cagaran — bergantung kepada jenis pinjaman dan kelayakan pemohon.
Adakah maklumat saya dirahsiakan?
Ya. Semua maklumat anda adalah sulit dan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA). Kami tidak akan berkongsi maklumat anda tanpa kebenaran.