Program Penyatuan Hutang
Konsultasi Kewangan merupakan salah satu perkhidmatan di bawah Koperasi Agro Sukses Pasir Mas Berhad (KASB), menawarkan program penyatuan hutang bagi membantu ahli dan orang ramai menggabungkan pelbagai pinjaman seperti kad kredit, pinjaman peribadi dan ansuran bulanan menjadi satu bayaran tunggal yang lebih rendah dan mudah diurus. Sebagai perunding kewangan dan bukan pemberi pinjaman, KASB membantu memberi nasihat sesuai serta menghubungkan pemohon dengan institusi kewangan yang bertepatan, dengan semakan kelayakan yang percuma dan tidak menjejaskan skor kredit.
Isi
Borang
Ringkas
Isikan maklumat asas seperti nama, nombor telefon dan serahkan dokumen yang diperlukan untuk semak kelayakan.
Semakan &
Konsultasi
Percuma
Perunding akan mengumpul maklumat yang diperlukan dan membuat semakan dengan institusi berkaitan.
Terima Pelan
Penyatuan
Anda
Kami akan memberikan nasihat serta pelan kewangan terbaik sesuai dengan kelayakan anda.
Koperasi Agro Sukses Pasir Mas Berhad (KASB) ialah sebuah koperasi berpusat di Pasir Mas, Kelantan, yang kini beroperasi di Kuala Lumpur memperkenalkan perkhidmatan Konsultasi Kewangan sebagai bidang perniagaan terbaharu, merangkumi program penyatuan hutang untuk membantu ahli dan orang ramai menggabungkan pelbagai pinjaman menjadi satu bayaran bulanan yang lebih rendah dan mudah diurus. Selain memperkasa kesejahteraan kewangan komuniti, KASB turut aktif dalam pelbagai inisiatif pertanian dan akuakultur sebagai pemacu ekonomi setempat.
KASB Jayakan Program Kesedaran Penyatuan Hutang di Ibu Pejabat MARA
Kuala Lumpur, 5 Julai 2026 — Koperasi Agro Sukses Berhad (KASB) telah berpeluang mengadakan reruai pameran dan konsultasi di Ibu Pejabat MARA sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengurusan kewangan yang mampan.
KASB Anjur Reruai Perkhidmatan Kewangan di JKAS DBKL
Kuala Lumpur, 23 Julai 2026 — Koperasi Agro Sukses Berhad (KASB) telah berjaya mengadakan reruai perkhidmatan di Lobi Utama, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai usaha mendekatkan perkhidmatan konsultasi kewangan kepada warga kerja DBKL.
Reruai Program Kesedaran Penyatuan Hutang KASB Raih Sambutan Baik di Beberapa Agensi Kerajaan
Sebagai sebahagian daripada Program Kesedaran Penyatuan Hutang, Konsultasi Kewangan di bawah Koperasi Agro Sukses Pasir Mas Berhad (KASB) telah menganjurkan siri booth kesedaran di beberapa agensi kerajaan terpilih di Putrajaya, bermula 29 Jun hingga 2 Julai 2026.
Pelancaran Program Kesedaran Penyatuan Hutang
Program Kesedaran Penyatuan Hutang ialah inisiatif Konsultasi Kewangan KASB yang menjemput kerjasama agensi kerajaan dan GLC untuk menganjurkan taklimat mengenai pengurusan hutang yang lebih baik kepada kakitangan mereka. Melalui taklimat ini, peserta didedahkan dengan strategi praktikal menyusun semula komitmen kewangan melalui penyatuan hutang, sekali gus membantu meningkatkan kesejahteraan kewangan dan produktiviti kerja secara menyeluruh.
Program Kesedaran Penyatuan Hutang bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kota Bharu
Koperasi Agro Sukses Pasir Mas Berhad (KASB) telah berjaya menganjurkan Program Kesedaran Penyatuan Hutang di Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi memberikan pendedahan kepada warga kerja mengenai kepentingan pengurusan kewangan yang lebih sistematik dan berkesan.
Selain Konsultasi kewangan, KASB juga tekun dalam memajukan sektor agrikultur dan penternakan, selain komited untuk membangunkan sosio-ekonomi masyarakat setempat dalam penyediaan program-program keusahawanan.