Perladangan

Penjualan Hasil Tanaman Jagung kepada Masyarakat Setempat

Disediakan oleh Huda Ali

Ladang jagung seluas 4 ekar milik KASB ini diusahakan dengan kaedah penanaman berasaskan pembahagian kepada empat plot. Penanaman dilakukan secara berperingkat bagi memastikan bekalan jagung dapat dikekalkan secara berterusan sepanjang musim.

Setiap plot mampu menghasilkan antara 10,000 hingga 12,000 tongkol jagung, bergantung kepada keadaan cuaca dan penjagaan tanaman. Daripada hasil ini, anggaran jualan bagi setiap plot adalah sekitar RM7,000 hingga RM9,000, menjadikan projek ini berpotensi tinggi dari segi pulangan ekonomi.

Hasil jagung dipasarkan secara borong dan runcit. Jualan secara borong melibatkan peraih yang akan mengambil terus hasil tuaian dari ladang, manakala jualan secara runcit dilakukan dengan pembayaran secara tunai, biasanya dijalankan di tapak jualan berhampiran ladang atau kawasan setempat.

Pendekatan ini bukan sahaja memaksimumkan hasil jualan, tetapi juga memastikan jagung segar sampai kepada pengguna dalam keadaan terbaik.

Scroll to Top