
Akuakultur
Pembersihan Kawasan Kolam untuk Projek Penternakan Ikan Keli
Disediakan oleh Huda Ali
Sebagai langkah awal sebelum memulakan projek penternakan ikan keli, satu aktiviti pembersihan kolam telah dijalankan di tapak kolam ternakan di Pasir Mas, Kelantan. Aktiviti ini merupakan persediaan penting bagi memastikan persekitaran kolam bersih, selamat dan sesuai untuk pertumbuhan ikan keli yang sihat.
Pembersihan dimulakan seawal jam 8.00 pagi dan berakhir sekitar jam 12.00 tengah hari. Antara kerja-kerja yang dilaksanakan termasuklah penyingkiran rumpai air, pengaliran keluar air lama, penyental dinding dan dasar kolam, serta pembaikan kecil pada struktur kolam seperti dinding bocor dan saluran keluar air.
Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk membuang sisa-sisa kotoran, lumpur berlebihan serta memastikan tiada bahan beracun atau berbahaya yang boleh menjejaskan kualiti air dan kesihatan ikan keli. Selain itu, kerja-kerja ini juga penting bagi mengelakkan masalah penyakit ikan yang biasa berpunca daripada persekitaran kolam yang tercemar.
Dengan selesainya kerja-kerja pembersihan ini, projek penternakan ikan keli dijangka dapat dimulakan mengikut perancangan. Penebaran benih ikan keli akan dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kolam diisi semula dengan air bersih dan melalui proses pengawalan kualiti air.
Semoga usaha ini menjadi permulaan yang baik ke arah kejayaan projek penternakan ikan keli yang mampan serta memberi manfaat ekonomi kepada komuniti setempat.