Aktiviti

Berita

KASB Anjur Reruai Perkhidmatan Kewangan di JKAS DBKL

Kuala Lumpur, 23 Julai 2026 — Koperasi Agro Sukses Berhad (KASB) telah berjaya mengadakan reruai perkhidmatan di Lobi Utama, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai usaha mendekatkan perkhidmatan konsultasi kewangan kepada warga kerja DBKL.

Berita

Pelancaran Program Kesedaran Penyatuan Hutang

Program Kesedaran Penyatuan Hutang ialah inisiatif Konsultasi Kewangan KASB yang menjemput kerjasama agensi kerajaan dan GLC untuk menganjurkan taklimat mengenai pengurusan hutang yang lebih baik kepada kakitangan mereka. Melalui taklimat ini, peserta didedahkan dengan strategi praktikal menyusun semula komitmen kewangan melalui penyatuan hutang, sekali gus membantu meningkatkan kesejahteraan kewangan dan produktiviti kerja secara menyeluruh.

Kursus

Kursus Penternakan Ikan Keli oleh Jabatan Perikanan Malaysia cawangan Melaka

Jabatan Pertanian Malaysia telah menganjurkan satu siri kursus atas talian bagi peserta program Akuakultur Pemacu Ekonomi Belia 2025, yang memberi tumpuan kepada penternakan ikan keli secara komersial. Kursus intensif selama 7 jam ini merangkumi dua bahagian utama — asas akuakultur dan teknik pembesaran — dengan pendekatan visual serta praktikal. Peserta diperkenalkan kepada aspek kritikal seperti pemilihan kolam, pengurusan air, kawalan biosekuriti, serta strategi pemakanan ternakan yang efisien. Inisiatif ini bertujuan memperkasa belia dan usahawan agro untuk mengurus projek ternakan secara mampan dan berdaya saing.

Berita

Pertemuan Strategik KASB dan PERHEBAT negeri Melaka

Satu pertemuan tidak rasmi telah berlangsung antara Koperasi Agro Sukses Pasir Mas Berhad (KASB) dan PERHEBAT Melaka bagi membincangkan kerjasama strategik dalam bidang akuakultur. Inisiatif ini menyasarkan bekas anggota tentera untuk dilibatkan dalam projek penternakan ikan air tawar secara moden dan mampan. Menerusi kolaborasi ini, KASB akan menyediakan sokongan teknikal dan latihan, manakala PERHEBAT bertanggungjawab menyelaras penyertaan peserta. Program ini dijangka memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi tempatan serta memperkukuh keselamatan makanan negara. Pelaksanaan rintis dijangka bermula dalam masa terdekat.

Program

Pelancaran Program Akuakultur Pemacu Ekonomi Belia 2025

Akuakultur Disediakan oleh Huda Ali Program Akuakultur sebagai Pemacu Ekonomi Belia merupakan inisiatif strategik yang bertujuan untuk memperkasa belia dalam sektor pertanian moden melalui aktiviti penternakan ikan dan hidupan akuatik. Program ini akan diuruskan dan di bawah seliaan Koperasi Agro Sukses Pasir Mas Berhad (KASB). Bagi belia yang berminat, program ini membuka peluang kepada belia

Perikanan

Pembersihan Kawasan Kolam untuk Projek Penternakan Ikan Keli

Akuakultur Disediakan oleh Huda Ali Sebagai langkah awal sebelum memulakan projek penternakan ikan keli, satu aktiviti pembersihan kolam telah dijalankan di tapak kolam ternakan di Pasir Mas, Kelantan. Aktiviti ini merupakan persediaan penting bagi memastikan persekitaran kolam bersih, selamat dan sesuai untuk pertumbuhan ikan keli yang sihat. Pembersihan dimulakan seawal jam 8.00 pagi dan berakhir

Scroll to Top